BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

DI MULAKAN DENGAN BISMILLAHHIROHMANIROHIM

DI MULAKAN DENGAN BISMILLAHHIROHMANIROHIM

Ahad, 9 Mei 2010

Adik ku



Comel tak baby kat sebelah ni?? ni adik saya yang ke-2..Namanya Fahrul Farezzuan.. Gambar ni masa umur Farez 3 minggu..sekarang umurnya dah 8 bulan..Dia lahir pada 14.8.2009.. Farez lahir kat Hospital Termerloh.. Masa Farez lahir dia dalam keadaan tenat sangat.. Kata doktar Farez terminum air ketuban mak..Farez dimasukkan ke wad ICU..Masa tu saya tak dibenarkan lagi tengok Farez,hanya mak dan abah saja dibenarkan... Sedih sangat masa tu,tapi saya temankan abah jaga mak.. Pada satu malam selepas 3 hari kelahiran Farez,tepat pada pukul 12 malam,abah menerima panggilan dari doktor..Doktor mintak abah datang segera ke hospital sebab keadaan Farez tenat sangat-sangat..Nasib baik saya dan abah belum pulang ke rumah yang di Raub,kami menetap di hotel di bandar Temerloh..Selepas menerima panggilan dari doktor,saya dan abah tergesa-gesa bersiap untuk pergi ke hospital..Dalam perjalanan,saya hanya mampu berdoa yang Farez akan selamat..Sepanjang perjalanan saya tak henti-henti berdoa,begitu juga ari mata saya yang tak henti-henti mengalir..Sampai sahaja di hospital,kami bergegas ke wad ICU yang menempatkan Farez..Saya tak dibenarkan masuk ke wad itu kerana ibu bapa sahaja yang dibenarkan..Saya menangis dan merayu pada pengawal keselamatan yang berjaga di situ,akhirnya saya dibenarkan masuk dengan syarat hanya untuk sekali ini..Saya memanjatkan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana memberi saya kesempatan melihat Farez..Sesudah masuk ke dalam bilik wad saya lihat abah sedang berbincang dengan doktor tentang Farez..Kata doktor paru-paru Farez sudah dijangkiti kuman,harapan untuk menyelamatkan Farez agak tipis..Doktor hanya mintak kami berdoa dan berserah agar Farez dapat diselamatkan..Saya hanya mampu berdoa mendengar penjelasan doktor itu.. Mak pula tak henti-henti menangis dan mintak Farez bangun.. Tambah menyedihkan saya,apabila melihat tubuh kecil Farez penuh dengan wayar-wayar,pasti amat manyakitkan dan menyeksakan tubuh sekecil itu..Saya melihat air mata Farez mengalir tetapi suaranya langsung tidak keluar kerana mulut Farez disumbat dengan tiub menyebabkan Farez tidak bleh mengeluarkan suara..Badannya kaku langsung tidak mampu bergerak..Tidak sanggup saya melihat keadaan Farez begitu,saya terus berdoa agar Farez selamat..Abah pula terus membacakan surah Yassin kepada Farez..Tidak lama selepas itu,doktor datang melihat Farez..Kata doktor keadaan Farez masih tidak berubah dan masih tenat..Kata doktor lagi cuma ada satu cara saja untuk menyelamatkan Farez..Abah hanya meminta doktor menyelamatkan Farez walau macam mana sekali pun..Kami diminta keluar kerana doktor mahu menjalankan rawatan kepada Farez..Dalam pukul 4 pagi kami dipanggil oleh doktor,doktor kata Farez sudah melepasi masa kritikalnya..Saya memanjatkan syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang Farez bernafas didunia ini..Namun,Farez masih tidak dibenarkan keluar wad kerana perlu dipantau lagi keadaannya..Sebulan selepas itu baru Farez dibenarkan pulang ke rumah... Saya bersyukur Farez selamat walaupun keadaannya tenat sangat,dengan kuasa ALLAH,Farez dapat diselamatkan..Saya berharap Farez akan jadi anak yang baik pada abah dan mak bila sudah dewasa nanti.. Saya sayang adik saya sangat-sangat....

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat hari Ibu kepada Ibu ku...


Yang kat sebelah ini ayah dan mak saya.. Saya nak tujukan ucapan 'Selamat Hari Ibu'kepada mak saya... Saya sayang sangat mak saya..Mak saya Ibu yang terbaik di dunia ini... Walaupon kemewahan harta benda tidak diberikan kepada saya,tetapi saya mewah dengan kasih sayang yang mak berikan kepada saya... Tahun ni saya nak bagi hadiah paling istimewa pada mak saya.. Bukan harta benda,bukan wang ringgit,tetapi saya ingin berikan hadiah yang palin diinginkan oleh setiap ibu di dunia ini... Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan akan memastikan saya mendapat keputusan cemerlang pada SPM tahun ini..Itulah hadiah paling berharga yang akan saya beri kepada mak dan ayah saya..Saya akan pastikan mak menangis kegembiraan apabila menerima hadiah paling berharga dari saya nanti... Dan saya nak mak tahu saya sayang mak sangat-sangat...Mak la ibu paling best di dunia ini...

Kenapa ada manusia berhati binatang???

Apa perasaan anda melihat bayi ini?? Kenapa ada manusia yang tegar membuang bayi ini?? Jika tidak mahu anak itu,kenapa perlu dibuang?? Masih banyak orang yang nakkan anak..Rasanya semua masalah ada jalan penyelesaiannya,cari la jalan penyelesaian yang terbaik..Bukan dengan cara buang bayi itu... Hati saya betul-betul marah apabila terbaca berita sebegini.. Sedih sangat apabila terfikirkan kenapa mereka sanggup buang janin mereka sendiri...

Khamis, 6 Mei 2010

Lagu kesukaan Farah

Ni lagu kesukaan Farah... Farah minat sangat katy perry dan semua lagu-lagu dia Farah suka.... Lagu dia semua best-best......


Assalammualaikum... Tahu tak siapa kat seblah nie?? Yang comel tu mesti la Farah..hehehe...Ini gambar Farah masa Farah umur 4 tahun...Yang lelaki kat sebelah Farah tu,abang Farah..Nama dia,Fahrul Hakimi...masa tu umur dia 8 tahun... kami ni memang rapat sangat..masa tu kami dua beradik je...ke mana-mana mesti berdua..dia lah tempat Farah bermain dan dia juga lah tempat Farah bergaduh..hehehe..biasa la kan budak-budak... Ada je benda nak digaduhkan masa tu...tapi gaduh sekejap je...pastu kawan la balik... Best sangat bila ingat balik zaman kanak-kanak dulu... Rasa nak undur je balik masa ni...

Rabu, 5 Mei 2010

KES BUANG BAYI

Assalammualaikum....apa yang nak Farah ceritakan dan kongsikan di sini ialah pasal isu terhangat masa kini,iaitu kes buang bayi... Kenapa ye ada manusia yang sanggup buang bayi yang tidak berdosa ini... Tak ada belas kasihankah mereka melihat bayi yang datangnya dari rahim mereka sendiri.. Farah tengok bayi menangis pon Farah sedih,ni apa kan pulak nak buang bayi tu,tak sanggup sangat-sangat rasanya... Agaknya orang yang buang bayi ni kita patut kategorikan orang yang macam mana tu??? Tinggalkan komen anda tentang kes pembuangan bayi ini... Jangan lupa k...

Lama dah farah tak on9.. bru ari nie dpt on9... sebelum nie busy...farah kan msih student...tak banyak masa farah ade tuk update blog nie... farah risau la,pertengahan bulan nie exam pertengahan taun...risau tak dpt kputusan yg baik je....doa2 kan la farah akan berjaya nnti k....