BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

DI MULAKAN DENGAN BISMILLAHHIROHMANIROHIM

DI MULAKAN DENGAN BISMILLAHHIROHMANIROHIM

Ahad, 9 Mei 2010

Adik ku



Comel tak baby kat sebelah ni?? ni adik saya yang ke-2..Namanya Fahrul Farezzuan.. Gambar ni masa umur Farez 3 minggu..sekarang umurnya dah 8 bulan..Dia lahir pada 14.8.2009.. Farez lahir kat Hospital Termerloh.. Masa Farez lahir dia dalam keadaan tenat sangat.. Kata doktar Farez terminum air ketuban mak..Farez dimasukkan ke wad ICU..Masa tu saya tak dibenarkan lagi tengok Farez,hanya mak dan abah saja dibenarkan... Sedih sangat masa tu,tapi saya temankan abah jaga mak.. Pada satu malam selepas 3 hari kelahiran Farez,tepat pada pukul 12 malam,abah menerima panggilan dari doktor..Doktor mintak abah datang segera ke hospital sebab keadaan Farez tenat sangat-sangat..Nasib baik saya dan abah belum pulang ke rumah yang di Raub,kami menetap di hotel di bandar Temerloh..Selepas menerima panggilan dari doktor,saya dan abah tergesa-gesa bersiap untuk pergi ke hospital..Dalam perjalanan,saya hanya mampu berdoa yang Farez akan selamat..Sepanjang perjalanan saya tak henti-henti berdoa,begitu juga ari mata saya yang tak henti-henti mengalir..Sampai sahaja di hospital,kami bergegas ke wad ICU yang menempatkan Farez..Saya tak dibenarkan masuk ke wad itu kerana ibu bapa sahaja yang dibenarkan..Saya menangis dan merayu pada pengawal keselamatan yang berjaga di situ,akhirnya saya dibenarkan masuk dengan syarat hanya untuk sekali ini..Saya memanjatkan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana memberi saya kesempatan melihat Farez..Sesudah masuk ke dalam bilik wad saya lihat abah sedang berbincang dengan doktor tentang Farez..Kata doktor paru-paru Farez sudah dijangkiti kuman,harapan untuk menyelamatkan Farez agak tipis..Doktor hanya mintak kami berdoa dan berserah agar Farez dapat diselamatkan..Saya hanya mampu berdoa mendengar penjelasan doktor itu.. Mak pula tak henti-henti menangis dan mintak Farez bangun.. Tambah menyedihkan saya,apabila melihat tubuh kecil Farez penuh dengan wayar-wayar,pasti amat manyakitkan dan menyeksakan tubuh sekecil itu..Saya melihat air mata Farez mengalir tetapi suaranya langsung tidak keluar kerana mulut Farez disumbat dengan tiub menyebabkan Farez tidak bleh mengeluarkan suara..Badannya kaku langsung tidak mampu bergerak..Tidak sanggup saya melihat keadaan Farez begitu,saya terus berdoa agar Farez selamat..Abah pula terus membacakan surah Yassin kepada Farez..Tidak lama selepas itu,doktor datang melihat Farez..Kata doktor keadaan Farez masih tidak berubah dan masih tenat..Kata doktor lagi cuma ada satu cara saja untuk menyelamatkan Farez..Abah hanya meminta doktor menyelamatkan Farez walau macam mana sekali pun..Kami diminta keluar kerana doktor mahu menjalankan rawatan kepada Farez..Dalam pukul 4 pagi kami dipanggil oleh doktor,doktor kata Farez sudah melepasi masa kritikalnya..Saya memanjatkan syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang Farez bernafas didunia ini..Namun,Farez masih tidak dibenarkan keluar wad kerana perlu dipantau lagi keadaannya..Sebulan selepas itu baru Farez dibenarkan pulang ke rumah... Saya bersyukur Farez selamat walaupun keadaannya tenat sangat,dengan kuasa ALLAH,Farez dapat diselamatkan..Saya berharap Farez akan jadi anak yang baik pada abah dan mak bila sudah dewasa nanti.. Saya sayang adik saya sangat-sangat....

0 ulasan: